Cara Trade BBMA

saya akan tunjukkan cara mudah untuk trade guna BBMA.
ini cara saya trade setiap hari. saya adalah trader Intraday.
lain orang lain caranya kan...

01. mula-mula buka H4. kalau korang guna template yang mcm saya guna ini sekali pandang dah nampak trend semasa.
kalau trade guna phone pastikan tgk chart secara landscape. kalau guna potrait susah nak nampak. pandangan akan berkecamuk.

Caranya: perhatikan candle2 putih sahaja. kalau dia makin menurun maknanya downtrend lah tu. kalau candle2 putih tu makin menaik itu bermakna trend sedang uptrend. faham?

02. ok.. sebagai contoh, bila dah nampak trend sedang downtrend , so kita akan marking zon antara MA5 High dan MA10 High di mana di situ adalah zon re-entry.

03. buka timeframe M15. kita akan nampak trend sedang menaik. kita memang berharap dia tengah menaik sebab nak melengkapikan retrace di H4 menuju zon yg kita marking tadi.

04. so, tunggu je lah M15 bertukar dari uptrend kepada downtrend menandakan di H4 dah sampai zone re-entry.

05. bila nak entry?
seeloknya kita entry di re-entry M15 selepas ada candle arah kukuh (CSAK) Sell.
mcm mana tuu? pastikan kat M15 tu trend dah betul2 bertukar kepada downtrend. pastikan candle dah close melepasi MA5 dan MA10 Low dan melepasi MidBB. selepas itu bila dia buat re-entry kat situlah kita masuk.

06. anda kena selalu berlatih lama kelamaan akan dapat cara entry yang tepat.

07. Itu sahaja kerja korang setiap hari. tak perlu nak kelam kabut pening kepala tengok chart. InsyaAllah profit.